butterflies
Sem 2 dah sampai ke penghujungnya. Yeah! Tak sangka aku dah nak masuk sem 3 dah. Masa berlalu dengan sangat pantas. Ya Allah, nanti pejam celik pejam celik dah nak grad!! Takutnya. Eh, ape yang aku takutnya. Sepatutnya aku rasa tak sabar. Kawan-kawan aku dah ramai dah nak habis asasi. Diorang dah nak sambung degree dah. Aku je yang masih terkial-kial dalam diploma ni. Takpelah teh, rezeki manusia lain lain. Rezeki kau kat lain. Kalau dikiralah kan dah berapa tahun aku dah habiskan masa sepanjang hidup aku dengan belajar. Bermula dari tadika, umur 6 tahun hingga lah sekarang umur 19 tahun. Selama bertahun-tahun kau belajar teh, dah berapa banyak ilmu yang kau dah dapat? Apa yang kau belajar selama ni? Bila aku fikirkan balik , ya memang banyak dah aku belajar. Tapi semua tu macam tak kekal je dalam kepala hotak ni. Kawan aku pernah bagitau kat aku, kita belajar ni bukan hanya untuk dapat keputusan cemerlang, untuk dapat 4 flat. Tapi apa yang pentingnya adalah keberkatan daripada Allah S.W.T. Sebelum kita menuntut ilmu tu, cuba kita fikir sejenak. Kenapa kita belajar? Niat yang betulnya adalah untuk menuntut ilmu Allah S.W.T. Dah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam supaya menuntut ilmu. Manusia yang berilmu masa depannya In Shaa Allah berjaya. Sekarang aku sedar, niat aku selama ini tak betul, aku hanya belajar kerana terpaksa. Terpaksa sebab inginkan keputusan yang cemerlang. Dah berapa tahun aku belajar, sekarang baru aku sedar apa niat aku selama ini. Ya Allah, ubahlah niat hatiku ini, semoga belajar keranaMu. Menuntut ilmu untuk mengenalMu. Penuhkan diriku ini dengan ilmu Ya Allah. Berkatilah segala ilmuku selama ini.
« Older  Newer »