butterflies
Aku rasa hidup aku masih kosong. Kosong? Aku malas. Malas dengan semua benda. Aku tiada berkeinginan untuk mencapai sesuatu. Cita-cita? Betulkah aku ingin menjadi akauntan berjaya? Adakah ini memang jalan hidup aku? Kerjaya aku? Sampai saat ini aku masih belum dapat melihat apa yang bakalan ada di masa hadapanku. Ya, aku ingin hidup senang. Aku ingin bahagia. Tapi aku sendiri tak berusaha ke arah itu. Apa yang aku buat selama ini semuanya sia-sia. Buang masa memang dah jadi kebiasaan. Kadang-kadang aku lihat pada kawan-kawan aku, aku nampak kesungguhan mereka. Kesungguhan untuk capai apa yangmereka mahu. Aku disini, sekadar acah acah mahu. Sekadar acah acah buat. Apa keinginan aku sebenarnya? Aku ingin sekali buat sesuatu yang aku benar benar suka, benar benar menikmatinya. Tapi apa yang aku mahu? Apa yang aku mahu?
« Older  Newer »