butterflies
"Just because someone is single doesn't mean they're lonely. Some
people are in relationships and they've forgotten what happiness is."

Dalam ayat kat atas ni korang dah dapat tahu apa yang akan aku bebelkan dalam entry ni. Bagi aku apa yang tertulis dalam ayat tu 100% betul. Based on my experiences, yeah sure this kinda true. Bila kita single, kita bebas. Ye kita bebas. Tapi bebas tu kadang kadang bukan kepuasan yang nyata. Kita sebagai manusia, sudah memang fitrah kita hidup berpasangan. Bukan sahaja kita, manusia. Tapi binatang, ataupun makhluk lain ada yang dijadikan berpasangan. Secara logiknya, manusia tak boleh hidup berseorangan. Sebahagia manapun kita hidup sendirian, single dan bebas. Tapi akan ada tikanya kita akan merasa sunyi dan sepi. Tapi kita sebagai umat Islam, kita tahu yang kita tak pernah sendirian. Walaupun pada zahirnya kita sendiri, tapi pada batinnya Allah SWT sentiasa ada disisi kita. Tak pernah sekalipun DIA tiada dengan kita. Jadi tiada istilah single, sunyi, sendirian. Kita ada Allah. 

In relationship? Dalam erti kata yang mudah bagi aku, berpasangan. Hidup bahagia bersama pasangan memang menjadi idaman semua manusia di bumi ini. Berpasangan atau bercinta memang indah. Ya, walaupun tahi yang busuk dan jijik ia boleh kelihatan cantik dan wangi disebabkan kuasa cinta ini. Dari pengalaman aku, hidup bercinta ni memang indah. Memang bahagia. Tapi kita takkan selamanya bahagia. Bagi aku, cinta itu indah pada mulanya sahaja. Apabila ia sampai ke bab seterusnya, indahnya cinta itu akan pudar. Manusia diciptakan dengan perasaan. Perasaan boleh berubah bila bila masa sahaja tanpa kita sedari. Kenapa cinta itu pudar? Akhirnya yang tinggal hanya duka, lara. Lama lama mereka akan lupa apa itu bahagia. Mengapa semua ni berlaku? Aku masih tiada jawapanny

Manusia pabila mereka single, mereka idamkan in relationship. Pabila mereka in relationship, mereka akan rindu apa itu single. Aku? Cukup sekadar single. Belum sampai masanya. Aku tahu aku masih belum sedia.
« Older  Newer »